SEJARAH PS



SEJARAH AWAL



            Bangunan pertama sekolah ini telah didirikan pada tahun 1918, di Kampong Changkat Bayas. Pada ketika itu sekolah ini mempunyai seramai 20 orang dan seorang guru. Bangunan sekolah ini didirikan secara bergotong-royong.





            Pada tahun 1920, sebuah bangunan baru telah didirikan di Kampong Balun Bidai. Oleh kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, sekolah ini telah ditutup pada tahun 1924.





            Penutupan sekolah ini telah menimbulkan masalah kepada penduduk kampung ini. Pada tahun 1937 hasil rayuan penduduk kampung, sekolah ini telah dibuka semula. Dua orang guru telah ditugaskan di sekolah ini. Jumlah muridnya semakin bertambah iaitu menjadi 70 orang murid.





            Pada tahun 1942, bangunan sekolah ini telah diroboh dilanda ribut. Murid-murid telah ditempatkan belajar di sebuah kedai lama. Pada tahun 1953 hasil kerjasama pihak RISDA dengan penduduk kampung ini, sebuah bangunan sementara telah didirikan. Bangunan  berukuran 60 x 20 kaki, berdinding papan dan beratap nipah. Pada tahun 1960 bangunan ini telah dibaiki oleh Jabatan Pelajaran Perak. Oleh kerana pertambahan murid yang pesat, sebuah bangunan tambahan telah didirikan pada tahun 1966.





            Memandangkan bangunan ini semakin uzur, Kementerian Pendidikan telah mendirikan sebuah bangunan baru dua tingkat di bawah projek Bank Dunia di atas tapak seluas10 ekar (No. Lot 2739). Bangunan mula digunakan pada 28 haribulan November 1983.

No comments:

Post a Comment